LUBANG KETIAK vs KEPALA LENGAN
"Sis! kenapa saya punya kepala lengan tak sama panjang
dengan lubang ketiak aa??? Bila nak sambung jadi terlebih-lebih plak kadang
terkecik dari lubang ketiak pun ada!"
haaa sapa selalu ada masalah macam neh????? ;)
stress kan bila nak jahit masalah macam ni timbul..kalau kepala
lengan terbesar tak pa boleh adjust lagi..ni kalau terkecik macam mana?? kena
potong kain lain la jawabnya. Buatnya kain cukup-cukup ja yang tinggai???
Fuhhhh tak leh imagine bertapa ketaq nya time tuh!
INI CARA SAYA ye macam mana nak bagi dapat ukuran lubang ketiak
dengan kepala lengan yang sama size.
==================
Hari tu saya ada terangkan macam mana nak dapatkan ukuran bahu
ke dada iaitu ukuran lubang ketiak baju kita!
kalau ada yang terlepas pandang boleh click sini
http://tiny.cc/lubangketiak
baca dan pahamkan
bila kita dah dapat ukuran bahu ke dada kita tuh, tak kisah la
kita guna formula mana-mana pun asalkan kita WAJIB tau berapa kah ukuran bahu
ke dada kita tuh
Macam dalam gambar saya guna formula DADA / 6 + (kelonggaran)
Contoh : 42 / 6 + 1.5 inci = 8.5 inci (ukuran bahu ke dada)
Jadi bila kita nak lukis pola lengan kita guna formula yang sama
jgk utk panjang kepala lengan tuh contoh dalam gambar iaitu panjang B ke C tuh
Tapi kita kena TOLAK 1 inci ! kenapa tolak 1 inci??? sebab kita
kira start dari bahu belakang nampak bulatan merah tuh datang dari mana???
Kemudian kita TAMBAH 3/4 inci pulak! yang ni dah kenapa plak?
Kita tambah sebab kita kena bagi sama dengan kelonggaran dada kita. Tak kisah
berapa banyak kelonggaran dada yang kita letak kita kena bagi sama. Cotoh kita
tambah 1/2 inci untuk dada jadi kat bahagian kepala lengan ni pun kita tambah
1/2 inci ye!
So panjang B ke C = 8.5" - 1" + 3/4" = 8.25 inci
&&& benda yang sama jugak pada basi..kalau basi
untuk tepi dada kita letak 1 inci kat tepi lengan ni pun kita kena letak 1 inci
jugak.
Cuba perhatikan betui-betui..bulatan warna tunjuk untuk bahagian
mana.
=========================
Kalau tak faham boleh tengok video di bawah:
CARA LUKIS POLA LENGAN https://youtu.be/ipz_xHtNv3g
CARA LUKIS POLA BADAN https://youtu.be/QYUXQde5fK8
LUKIS POLA https://youtu.be/rT2ck77t8dE
Ilmu yg sngt berguna..mohon kebenaran guna ilmu ni ye
ReplyDeletethank you for sharing this...really appreciate
ReplyDeleteThis is very helpful. Terima kasih!!! ��
ReplyDelete