Proud Sewist : Basi VS Kelonggaran / Seam Allowance VS Wearing Ease

Saturday, November 18, 2017

Basi VS Kelonggaran / Seam Allowance VS Wearing Ease

Assalamualaikum 

"Sis pola sis ni dah termasuk basi ke?"

"Sis tambah 1/2" tu untuk apa?"

"Sis pola sis ni size apa?"

Apa itu BASI? apa itu KELONGGARAN?

Masih ramai yang confuse basi dan kelonggaran! Mostly beginners tau basi! tapi tak tahu kelonggaran! & Mostly jugak beginners confuse kelonggaran tuh basi!


Basi & kelonggaran adalah dua perkara yang sangat berbeza! Wajib beginners untuk memahami dua perkara neh! kalau tak paham kedua benda neh memang susah nak faham nota-nota pola baju yang lain.



   BASI / SEAM ALLOWANCE    

Basi adalah lebihan kain yang kita tambah untuk proses menjahit nanti. basically di tanda di atas kain selepas kita meletak kan pola kita di atas kain. Secara logik akal nya! apabila kita menjahit kita memerlukan basi atau seam allowance! kalau kita x letak basi pada kain kita nanti baju kita akan jadi mengecil sebab kita ambik ruang untuk menjahit.

Sebagai contoh dada = 36"
Kiraan untuk pola = 36" / 4 = 9"
Tapi bila jahit kita makan 1" so baju kita akan jadi 8" kan? 8'x4=32" tetiba dada baju siap nanti akan jadi 32" padahal dada asal kita 36". So baju jadi mengecil! itu lah fungsi basi! meng-allowed-kan jahitan! sebab tu dalam bahasa english di panggil seam allowance!

TIPS: Jangan masuk kan basi di dalam pola anda! basi hanya tanda di kain bukan di atas kertas pola! cara ini memudahkan untuk anda membuat manipulation pola

So jangan tanya lagi soalan pola ni dah termasuk basi belum! Jangan kalut pasai basi! basi tu bila part potong kain baru kita kalut! time lukis pola jangan fikir pasai basi lagi. okay? 😄
Basi yang diperlukan untuk membuat baju, basically sama saja basi bagi setiap pola baju. basi 1" adalah untuk kelim bawah baju, jahitan di tepi baju atau di tempat cantum zip, yang lain semua nya setengah inci sahaja. 



   KELONGGARAN / EASE   


Kita dah paham basi! sekarang apa pulak kelonggaran? kenapa kena ada? apa function dia? bukan kah kelonggaran tu basi? basi tu kelonggaran?

Ini yang ramai beginners tak tahu kewujudan atau confuse dengan kelonggaran ni, Kalau korang perhatikan every nota tentang pola baju yang saya upload mesti akan ada tambah 1" lah 3/4" lah atau 1/2" lah atau lebih! Ini lah dipanggil kan kelonggaran. Pertambahan yang saya bagi dalam formula kira-kira pola baju tuh adalah kelonggaran! bukan basi! Imagine anda buat baju tanpa kelonggaran! baju nanti jadi apa? ketat! sedat! mcm sarung nangka right? unless mmg nak macam sarung nangka macam mat salleh dok pakai tuh!

Contoh ye, kita tengok nota pola di atas formula kiraan dada atau bust = Dada / 4 + 3/4" so kelonggaran untuk dada adalah 3/4 inci

untuk bahagian pinggang pulak formula nya = pinggang / 4 + 1.5" disebabkan pinggang kita ada dart jadi kita tambah kan 1" kelonggaran untuk pinggang adalah 1/2" sahaja.

Kelonggaran ni depends on kita suka baju ketat atau longgar! Boleh tambah suka hati tapi jangan lah sampai 3 inci tambah kelonggaran! INGAT! setiap kiraan kita akan di darab 4 apabila baju siap nanti.

Pola dibahagi kan dengan 4 adalah kerana kita hanya buat suku badan kita saja! 

Gambar di bawah ni saya bagi contoh-contoh kelonggaran pada baju


Untuk baju ni tiada kelonggaran atau mungkin 1 inci! untuk yang nak baju melekap elok macam tuh dalam pola tak perlulah nak letak kelonggaran just bahagi 4 saja



Ni kelonggaran yang saya selalu guna pada customer saya iaitu just nice! 
dalam 2 atau 3 inci saja longgar apabila baju siap 


Yang ni contoh kelonggaran kalau 3 atau 4 inci apabila baju siap


Ni kelonggaran 5 atau 6 inci. kalau buat abaya memang sesuai, kalau buat baju kurung moden memang gelebeh lah jadi nya. tak cantik 


Macam saya cakap depends pada keselesaan masing-masing suka macam mana. tiada paksaan! kita yang buat dia! suka hati kita lah kan. 


Jadi korong suka kelonggaran yang mana? sila komen di bawah 😃



Alhamdulillah hari ni korang dah belajar perbezaan kelonggaran dan basi!



JOM FOLLOW MY SEWING JOURNEY 



No comments:

Post a Comment