Proud Sewist : 7 Cara Belajar Menjahit Untuk Newbies

Friday, January 12, 2018

7 Cara Belajar Menjahit Untuk Newbies

Dalam arus fashion yang makin berkembang sekarang ni, ramai lah yang berminat nak belajar menjahit! nak buat baju sendiri, jimat katanya! nak belajar menjahit sebab tailor ambik upah mahal! nak belajar menjahit sebab hobi! nak belajar menjahit untuk buat baju anak! anak ramai! nak belajar menjahit sebab nak tambah pendapatan keluarga. Nak belajar menjahit sebab saya gemuk! baju plus size susah nak cari! 😀

Okay tak kisah lah apa pun reason korang nak belajar menjahit! Janji korang memang bersungguh nak belajar kan? tapi tak tau nak mula dari mana! dan mula lah korang search google, youtube pinterest dan facebook untuk tengok tutorial menjahit dengan harapan boleh pandai menjahit! 

Sebelum korang mula belajar menjahit, di sini saya nak bagi tips cara belajar menjahit untuk newbies! ini saya share berdasarkan pengalaman saya masa mula-mula belajar menjahit! 



CARA BELAJAR MENJAHIT UNTUK NEWBIES 

1. Berlapang dada / Open minded

Sebelum memulakan sesuatu benda baru, kita kena lah berlapang dada dahulu! buangkan sikap negative dan over confident dalam diri kita dahulu. Jangan anggap menjahit ni macam kacang goreng ja! bila tengok tailor alter seluar rasa macam "alaah senang ja alteration neh! potong dan jahit! tu pun nak charge mahai kerrr??aku pun boleh buat lah" jangan ingat kita dah dikira pandai menjahit apabila kita letak ja kain atas mesin, dan mesin jalan ke depan dah kira pandai menjahit! jahit lurus je pun!  itu namanya over confident! dan jangan pula kita terlalu negative thinking! susahnya nak jahit leher! susahnya nak lukis pola! leceh arrr! takutnya nak tekan pedal mesin! nanti terjahit jari tangan macam mana? okay tu over negative thinking! dan jangan pula terlalu curious "eh kenapa nak kena buat macam tu?" atau "kalau buat macam ni tak boleh ke?" atau "eh betul ka orang ni! macam salah je" ini nama nya terlebih pandai 😀

Apa yang kita nak sebelum belajar menjahit adalah perasaan yang ready untuk terima ilmu baru! ready untuk mencuba ilmu baru! jangan give up! passionate! lapangkan dada untuk terima semua input-input baru yang baru nak hadam! fikir yang kita boleh buat! susah macam mana pun kita boleh buat! practice make perfect! okay? paham? baru lah kita senang masuk ilmu baru! menjahit ni tak dak salah betul! yang mana teknik memudahkan kita! cepat kan kerja kita! kemaskan hasil kerja kita! yang tu lah teknik yang the best buat KITA! lain orang lain cara! so berlapang dada untuk menerima ilmu orang lain dari segala pelusuk dunia! jangan berguru dengan satu guru saja! mana lah tahu kot-kot teknik orang bangla lagi hebat dari kita kan? lagi sempoi! get inspired!


2. Belajar Basic Matematik 

Fashion Designer ni ibarat macam arkitek yang dok design rumah cantik-cantik mengikut kehendak client! PatternMaking ni ibarat engineer yang dok fikir macam mana nak bagi rumah tu kukuh dan tahan! Dressmaker/Tailor ibarat kontraktor yang membina rumah! Embellishment ibarat Interior Designer dok bagi cantik kan lagi rumah! 

itu lah perumpamaan process menjahit neh! Sapa cakap jadi tailor ni tak perlu belajar tinggi-tinggi pun? Tailor ni pekerjaan lekeh? tailor ni pekerjaan orang kampung2? Sebab tu tak hairan kalau student arkitek boleh jadi fashion designer! student engineering boleh jadi fashion designer! Basic math kita kena belajar sebab banyak pengiraan semasa pattern making! sebab ada yang dok pm saya tanya simbol " ni apa? simbol / maksudnya apa? 1/2 tu apa? 1/4 tu apa? 3/4 tu apa? + dan - pun banyak macam silap! radius lagi! bulatan 180 bulatan 360 lagi! Semua tu kena tau! tapi semua tu basic math darjah 4 ja pun! tak kan saya nak kena ajar basic math darjah 4 pula kan? every part of our pattern kita kena kira tau! sebab bukan semua badan manusia ni sama! sebab tu lah custommade ni kena upah mahal! sebab semua part kita kira! baru la selesa dan terletak baju kita nanti! formula dah di beri cuma masuk kan number dan kira saja tu pun banyak dok pm saya cakap x dapat lah! x jadi lah! dah pengiraan pun salah dah dari mula macam mana pola nak cantik ye dok? TIPS saya bila nak kira-kira guna lah kalkulator saintifik! sebab senang kita nampak apa yang kita kira dan ada history senang boleh check balik.



3. Belajar Basic Fashion 

Basic fashion ni bukan suruh belajar macam mana nak jadi fashion designer tuh! maksud nya kena belajar tahu tentang istilah-istilah fashion! Contoh empire cut tu apa! princess cut tu apa? bishop sleeve tu apa? in seam pocket tu apa? mermaid skirt tu apa? trumpet skirt tu apa? jenis-jenis dart, jenis-jenis dress, jenis-jenis skirt, jenis-jenis seluar, jenis-jenis poket, jenis-jenis kolar. Haa semua tu lah sebab bila kita dah tau semua tu, senang la nanti kita nak search tutorial! betul tak? contoh hari ni nak belajar cara jahit shawl collar kita pun search lah kat youtube "how to sew shawl collar" berlambak nanti akan naik! kalau tak tau nama macam mana nak search kan? 



4. Belajar dalam English 

Saya mula belajar dulu, saya start belajar dengan mat salleh kat youtube! sebab nya belajar dalam English lagi senang actually! sebab dia dah straight forward maksud kan benda tuh! Contoh ye! Seam Allowance bermaksud lebihan kain untuk kita jahit! Seam straight forward menggambarkan jahitan & allowance straight forward menggambarkan keizinan! hahaha okay susah nak terang tapi macam dalam otak kita dah boleh tangkap ini adalah ruang untuk kita jahit sebab tu nama dia seam allowance! make sense right? kalau bahasa melayu nya seam allowance adalah basi! sekali sebut basi tu menda apa? nasi basi ka? makanan basi ja yang kita boleh fikir kan. So for me macam susah! sebab tu banyak newbies yang dok confuse basi dengan kelonggaran. Sebab basi pun diorang dok ingat makanan lagi! hehehe Lagi pun banyak ja yang buku melayu letak nama asal dalam english sebab diaorang pun tak tau nak letak nama apa sebagai contoh macam french dart. Dan term melayu ni banyak nya salah! Contoh jahitan baby seam yang sebetulnya narrow hem or baby hem tapi kita sebut baby seam! seam tu hanya digunakan untuk jahitan tepi baju!  kemasan bawah baju dipanggil hemming! sebab tu nama nya narrow hem sebab bila kita jahit dia narrow! dan kita jahit dibahagian bawah baju saja. make sense right? 

Antara kelebihan belajar dalam english ni kita senang nak google sebab satu dunia guna bahasa ni. To be honest saya belajar banyak dari internet! NO kelas! Saya banyak baca ebook! banyak tengok tutorial youtube! banyak google! banyak pinterest! dari semua bahasa semua saya study! saya pernah belajar dengan orang india! saya pernah belajar dengan orang russia! saya pernah belajar dengan orang spain! saya pernah belajar dengan orang France, Jepun, China, Italy dan Thailand! tapi semua tu dalam internet ja lah! LANGUAGE IS NOT A BARRIER TO LEARN SOMETHING NEW! Sebab tu kita kena berlapang dada! cedok semua ilmu! menjahit ni tak perlu pun nak kena baca bagi paham! Buku bahasa melayu pun saya baca tak paham! Buku Oh mudah nya menjahit! tuh sampai sekarang saya tak paham-paham lagi! mudah apa macam tuh! better tengok buku jepun lagi mudah!  
Buku menjahit ni cuma gambar & number ja! tak kan yang tu tak paham? kalau ada tulisan pun sikit-sikit ja! Guna ja google translate! dah dapat jawapan! 


5. Belajar Dengan Internet 

Zaman sekarang ni dah moden! semuanya boleh dapat di hujung jari sahaja. Ramai pm saya nak belajar menjahit dengan saya! Saya ni tak layak nak mengajar orang sebab saya pun ilmu sejengkal saja! Saya bukan fashion student punya orang! saya belajar dari internet ja! Saya baru lagi dalam bidang menjahit ni, tahun ni masuk 4 tahun! tak ke cetek ilmu saya? baju lelaki pun saya tak pandai buat lagi! jahit kolar tak pandai lagi! jahit seluar lagi tak pandai! eh banyak lah lagi yang saya tak tahu! sebab tu saya tak mengajar! saya hanya mampu share ilmu setakat apa yang saya tau saja! the more you give the more get kan? tak mampu sedekah duit! saya sedekah ilmu! tu je konsep saya! dengan harapan apa yang saya share ni mendapat pahala dan boleh bawa saya pergi jauh dengan bidang yang minat sangat ni! Semoga Allah memudahkan perjalanan saya untuk berjaya dalam bidang ni! Amin

Tak perlu pergi kelas sebab kalau korang ni zero pasal menjahit pergi kelas pun balik sama jugak! tak pandai menjahit jugak! tak paham jugak cikgu tu mengajar! sebab tu kena buat 4 benda kat atas tu dulu baru pergi kelas! sebab nanti baru kita cepat paham dan confident untuk menjahit! Saya tak pernah pergi kelas menjahit sebab nya saya dah tau basic! buat apa pergi kelas kalau nanti saya belajar benda basic saja? benda yang saya dah tau dari internet! saya nak pergi kelas advance! kelas draping! kelas buat baju pengantin! baju haute couture! dan after 3 years menjahit buat pertama kali saya pergi kelas menjahit iaitu kelas idola sifu pujaan saya iaitu cikgu Jeffrey Ibrahim! sebab dia saja the only yang mengajar teknik formula mudah faham! teknik advance! dan kira every part of our body! 

Basically menjahit ni kona kot tu kona kot ni pi tang tu p tang ni balik-balik situ jugak! so khatam kan basic dulu! sebab bila dah tau basic memang tengok baju I am inderaloka pun dah boleh ciplak! hahahaha 

Ada yang cakap "eh saya tak boleh lah belajar dengan internet! nanti nak tanya tak boleh" to be honest saya sepanjang saya belajar menjahit saya tak pernah pm tepi orang untuk dapat kan jawapan pada semua yang di ajar! saya appreciate gambar atau video yang dia buat! kalau saya rasa tutorial yang dia buat tu x bagus saya akan cari tutorial lain! cari dan cari sampai saya 100% satisfied! Kadang saya tanya kat komen kalau tak paham sangat! dan nasib lah kalau orang tu balas atau pun tak! dia tak balas saya cari lagi tutorial lain! so kena rajin lah! nak pandai kena rajin! bukan nya dok saja tanpa berbuat apa-apa. 

6. Rajin "try and error"
Nak belajar menjahit kena rajin! rajin tengok tutorial! rajin membaca! Jangan perlekehkan tutorial orang! kalau rasa tutorial dia tak bagus! terus blah jangan tinggalkan kesan! hahaha 😁 cari tutorial orang lain! bila dah jumpak tutorial yang agak macam best! terus cuba buat! bukan dok tengok saja! BUAT! TRY! CUBA! teknik baru tuh. ilmu tanpa amal adalah sia-sia! Saya selagi tak jumpa teknik yang saya betul-betul puas hati selagi tu saya akan cari! tak kisah lah ambik masa sampai sebulan sekali pun! sebab once dah jumpa teknik yang kita suka! perasaan achievement tu tak dapat diceritakan! happy gila kot! rasa puas hati! Ubah sikap dari rajin bertanya kepada rajin mencuba!

Mostly saya tengok orang kita ni suka bertanya tapi cuba dak pun! nak tunggu betul-betul paham baru cuba ka? macam mana nak faham kalau tak cuba? macam mana nak nampak teknik tuh berjaya atau pun tidak kalau tak cuba? macam mana nak mahir kalau malas mencuba? macam mana nak dapat banyak ilmu kalau malas cuba? 😑

Jangan dok tanya "kenapa buat macam ni?" "kenapa buat macam tu" JANGAN! korang tak kan nampak logik akal nya kalau hanya bertanya! CUBA TRY TEST SENDIRI! okay? 


7. Jangan Sombong & Berlagak

Alahai ni lah paling banyak saya jumpak newbie yang nak belajar menjahit! aiyoyoyo 😃 baru newbies dah berlagak nak belajar buat kebaya kelepet! baru newbies dah nak terus jump in belajar peplum kepuk-kepuk! Sombong! tak mau belajar kurung moden! nak belajar advance terus! mana ada orang lahir dalam dunia ni boleh terus lari kan? So macam tu lah kita bila nak belajar menjahit! 

Macam saya cakap kita kena khatam basic bodice dahulu! baru la sikit-sikit belajar baju yang lain. Masa saya mula-mula belajar menjahit, saya mula belajar jahit tote bag! Sebelum saya terjebak dengan menjahit ni, saya memang zero! mesin jahit tak reti guna! saya clueless! saya tak tau apa-apa! So untuk bagi saya boleh menjahit saya belajar buat bag dulu. Sebab nya bag tu empat segi ja pun! saya rasa yang tu paling senang untuk jahit! so saya search youtube cara jahit tote bag dan follow step by step! Masa tu saya nak masuk kan benang bawah pun tak pandai tau! nak jahit terketar-ketar tangan pegang kain! Bila saya berjaya jahit tote bag tuh saya bangga dan happy yang amat! the feeling tuh lah yang buat saya terus keep doing what i love until now! tiga bulan jugak lah saya belajar buat bag sampai saya decide nak cuba jahit baju! tu pun saya start jahit baju sleeveless dress dulu. sebab tak reti jahit lengan lagi. dan dari situ lah proses pembelajaran menjahit yang saya buat! keep researching sampai jumpa dan paham! dalam proses tu tak dak sapa tolong saya tau! saya belajar sendiri semua! lama-lama skills kita akan develop dengan sendiri nya kalau kita dah dapat idea dan konsep menjahit neh! 

Dalam family saya kakak saya pandai menjahit tapi dia duduk jauh so bila dia balik sekali sekala tu ja lah opportunity yang saya ada untuk tanya dia, tu pun kalau sempat! selalunya tak sempat! tak membantu sangat. mesin jahit kat rumah yang saya guna tuh  mesin jahit mak saya, dulu mak saya pun pergi kelas belajar menjahit! tapi hampeh berkubur! pernah lah dia jahit seluar tidur untuk adik saya 2 3 helai lepas tu mesin tu biar berhabuk macam tuh ja. 

Tapi sekarang ni saya lagi pandai dari kakak saya! hehehe bukan nak riak! tapi saya seronok tengok kejayaan saya dari asal zero sampai dah pandai jahit baju pengantin! sekarang ni saya pulak yang dok ajar kakak saya menjahit! 😁 So jangan lah sombong dan berlagak, belajar dari asas dahulu. 


ni antara baju yang saya pernah jahit 4 tahun lepas! siap jual lagi tau! 
huduh kot! 

Malu tengok hasil jahitan dulu-dulu *tepuk dahi*



InsyaAllah kalau korang ikut cara-cara yang saya share ni, mesti boleh berjaya menjahit! kena rajin dan passionate! Saya pun tak pernah terfikir untuk masuk dalam bidang ni. Alhamdulillah Allah mudahkan jalan saya, kalau tak saya masih tercari-cari apa yang saya nak jadi bila dah besar nanti. hahaha 







2 comments:

  1. Salam kak. Dekat video youtube psl buat bodice baju kurung modern measurement, saya tk faham part length tu mcm mana. Sbb bila tgk byk kali akak ukur yg length 28” tu 2 kali. Kenapa ek? Boleh explain tak utk length tu?

    Lagi satu yg utk cutting layout atas kain, yg bahagian bahu depan mmg akan dipotong pendek 1 1/2” eh? Bila cantum sekali tu tk singkat dkt depan ke? Sebab pernah buat sekali jd singkat. Haha. Boleh explain yg tu juga tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam
      kalau awak tengok dalam nota saya, sy buat pola depan panjang dari pola belakang kan? sbb tu la sy tanda 2 kali untk dlm video dlm vid kan sy buat sekali pola depan dan belakang.

      ya pola bahu depan memang turun lebih dari dari bahu belakang baru la bahu tuh tak melurut ke depan baru dapat center di bahu. tak dak kena megena dengan baju jadi singkat. singkat tu sebab awak tak buat labuh depan 1 inci mcm sy buat tuh. dada kita buat baju terjungkit jadi kena labuh kan bahagian depan lah untuk bagi even balik

      Delete